Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan KEDAI BULOH merupakan suatu sistem proses
pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan
perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi entity
subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan,
sekaligus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.
Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat
Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru,
kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui
prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang
cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua
pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain
‘stake holders’.
Bermula dengan nama Perpustakaan Sek
Men Banggol yang diwujudkan pada tahun 1965 dengan mempunyai koleksi buku-buku bacaan yang terhad. Dan apabila
nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Kedai Buloh pada tahun 1974, maka nama pusat sumber
juga telah ditukar kepada Perpustakaan SMK Kedai Buloh.
Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh bermula dengan sebuah
bilik bacaan induk dan sebuah bilik APD sahaja. Bilik bacaan induk tersebut
hanya berkeluasan dua buah bilik darjah dan mampu menampung seramai 80 orang
pelajar. Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keluasan sebuah bilik darjah
dengan kapasiti 40 orang pelajar.
Bermula pada tahun 2001, PSS Induk mula beroperasi di bangunan baru.
Sementara bilik APD, bilik SAL
dipindahkan tempat operasinya berhampiran PSS induk. Kini PSS induk dapat
menampung 150 orang pelajar dalam satu-satu masa.
Pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat disediakan di PSS induk dan
anjung-anjungnya. Selain dari bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi
dengan kemudahan ICT. Untuk memudahkan pengurusan dan pengendaliannya, Sementara itu, sistem pengautomasian pula
telah diguna pakai di sekolah ini mulai tahun 2008,dan masih dalam proses untuk
menggunakannya secara menyeluruh.
![]() |
PUSAT SUMBER YANG BERWAJAH BARU SELEPAS BERPINDAH DARI TEMPAT ASAL DI BLOK GEMILANG. DIWUJUDKAN PADA 1 JANUARI 2013. |
No comments:
Post a Comment