Sunday, 21 September 2014

PENGENALAN PSS SMK KEDAI BULOH



1.1 SEJARAH PENUBUHAN PSS
           
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan KEDAI  BULOH merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.

Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.

Bermula  dengan nama Perpustakaan Sek Men Banggol yang diwujudkan pada tahun 1965 dengan  mempunyai koleksi  buku-buku bacaan yang terhad. Dan apabila nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah  Menengah  Kebangsaan Kedai  Buloh pada tahun 1974, maka nama pusat sumber juga telah ditukar kepada Perpustakaan SMK Kedai  Buloh.
Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh bermula dengan sebuah bilik bacaan induk dan sebuah bilik APD sahaja. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan dua buah bilik darjah dan mampu menampung seramai 80 orang pelajar. Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keluasan sebuah bilik darjah dengan kapasiti 40 orang pelajar.

Bermula pada tahun 2001, PSS Induk mula beroperasi di bangunan baru. Sementara bilik APD,  bilik SAL dipindahkan tempat operasinya berhampiran PSS induk. Kini PSS induk dapat menampung 150 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat disediakan di PSS induk dan anjung-anjungnya. Selain dari bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan ICT. Untuk memudahkan pengurusan dan pengendaliannya,  Sementara itu, sistem pengautomasian pula telah diguna pakai di sekolah ini mulai tahun 2008,dan masih dalam proses untuk menggunakannya secara menyeluruh.

PUSAT SUMBER YANG BERWAJAH BARU SELEPAS BERPINDAH DARI TEMPAT ASAL DI BLOK GEMILANG.
DIWUJUDKAN PADA 1 JANUARI 2013.
 
PUSAT SUMBER YANG LAMA DI BLOK GEMILANG.

SUDUT WARISAN MELAYU







KAUNTER PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU











Monday, 24 February 2014

Jamuan Laksa PSS..

Jamuan laksa yang diadakan bertujuan menambah dana pss sekolah. Syukur kepada Allah SWT, ramai yang datang memberi sumbangan dan kutipan mencecah RM2000 lebih. Terima kasih kpd yg memberi sumbangan khasnya Tuan Pengetua memberi sepenuh sokongan  .





Monday, 17 February 2014

GELAGAT ANAK2 PSS.......


Rajin sungguh anak-anak didik di SMKKBh......................



BERSAMA ANAK-ANAK DIDIK YG RAJIN TURUN PADANG MEMBANTU DI PSS....

KENANGAN SEPANJANG TAHUN 2013..........

Bergambar selepas Pelancaraan Hari Terbuka PSS.Gelagat anak-anak ketika membaca NILAM....

PSS...berwajah baru biarpun masih banyak kekurangan





Penuh dengan kenangan. Usia yang baru ini sudah genap setahun. Susah payah selama 3 minggu proses pemindahan dari blok cemerlang( tingkat 3) ke blok iltizam tetap menjadi memori terindah untuk dikenang...TQ SO MUCH kepada semua yang terlibat dalam operasi pemunggahan dan perpindahan perabot, buku2 dan segala macam barangan.......toooocerrr   sgt2 kpd para pekerja kontrak sekolah yang sangat2 membantu GPM dan ajknya dlm merealisasikan hasrat bersama........cuma masih menunggu proses penambahbaikan yang seterusnya.................................!